SUAHKAH IKAM BATAKUN..( Pernah kau tanya ? )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sudah kah batakun

SUAHKAH IKAM BATAKUN?
Oleh: Hj Ahmad Jawawi Najar - Banjarmasin.
Deklamasi Sajak ketika perjumpaan Banjar Indonesia/Malaysia

I
Suahkah ikam batakun?
bagaimana kita dibesarkan
disebuah tempat asing
yang kemudian menjadi sebati
sebagai tanah kelahiran
bergelar Malaysia

Suahkah ikam batakun?
pada generasi terdahulu
betapa mereka dengan suatu kecekalan
meninggalkan bumi pusaka ini
merentas lautan ganas
dilambung ombak derita
dimamah badai sangsara
mencari tanah datar baharu
untuk mebiak baka bangsamu
menyambung tradisi

Suahkah ikam batakun?
betapa mereka
dengan gagah berani
membina kekayaan, menyemai keyakina
melahirka generasi demi generasi
sedangkan kita
yang didewasakan atas keringat derita mereka
mengecap memewahan, menghirup kebahagiaan
dan tanpa ucapan terima kasih
lantas satu demi satu
kita koyakkan adat tradisi.

anak-anak kita tidak lagi tidur berpukung
diulit keasyikan irama timang Banjar
anak-anak yang kita lahirkan
dibesarkan berssama kecangghan komputer,
mereka berbicara bahasa internet era multimedia
dan dalam masa yang sama
beransur-ansur melupakan sejarah agung bangsanya
lantas
dengan malu-malu anak kita berkata
kami anak-anak Melayu, era sains dan teknologi
kami tidak lagi makan wadi
yang Banjar hanya ibubapa kami
kerana Banjar itu
salayaknya hanya di sawah-sawah padi

Suahkah ikam batakun?
betapa kita sendiri
yang merobohkan tatsusila ini
kita lupa siapa Alai siapa Kalua
kerana kita telah sebati menjadi bangasa Malaysia

Hari ini
di tanah banjar dibumi bertuah ini
kita masih tercari-cari identiti
sedangkan disinilah segalanya bermula
pengembaraan agung nenek moyang kita
meninggalkan saudara-saudara kita yang setia
mengurus dan membelai tanah tumpah darah
menunjang adat pusaka lama

Mulai detik ini
kita bina kembali
jambatan penghubung dua saudara yang terpisah sekian lama
Banjar Malaysia, Banjar Indonesia
kerana kita masih berdarah sama
yang jauh kita rapatkan
yang dekat kita mesrakan
kerana kita adalah kulaan

Mari kita nyatakan, kita buktikan
pada generasi muda kita
banjar bukan sekadar berlading, berkerambit menimpas dan menyuduk
tapai Banjar adalah petani yang hebat
sekali tanah dicangkul, segantang emas dituai
Banjar adalah pemimpin ummah
nyaring suaranya memukau seluruh nusantara
Banjar adalah pewaris ulama
merdu suaranya menggegar tanah suci Makkah

II
Aku kada suah batakun
dari halui hingga ganalku
ayah, umak kada suah mamadahakan
kaindahan bumi Banjar ini

Aku kada suah batakun
kenapa dan mengapa
generasi bangsaku
setekad itu meninggalkan bumi bertuah ini
ninik gan kada suah mamadahakan
betapa sengsara hidupnya
untuk sampai ke Malaya

Ninik, umak, ayah
aku kini megah menjadi anak Banjar
disitu aku mulai mengenal diri
aluan sumur Barabai
bumimu menggamit nostalgiaku
sesungguhnya dibumi ini aku benar-benar kerinduan
mencuur keluarga
entah siapa, entah dimana
ku kada tahu
kerana aku kada suah batakun
dan ninik, umak, ayah
kada suah mencaritakan
siapa keluargaku disini.
<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Siti Ropeahm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Karindangan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Busu

m
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lagu Banjar_Bahuma

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Copyright 2009 Kula barataan
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates